Visit
Official Website

Lawatan Dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ("MAFS")

20 Mar 2023
Lawatan Dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ("MAFS")
Melihat Saiz Penuh
17 Mar 2023- Hutan Melintang, Perak
 
Penternakan Sumber Unggas menerima lawatan dari En Kamal Badrin, Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (''MAFS'') bersama pegawai-pegawai dari Unit Agroprenuer Muda (''UAM'')
 
Di awal perjumpaan, Pengarah Urusan Penternakan Sumber Unggas (“PSU''), En Mohd Anas telah memberi taklimat ringkas berkenaan operasi PSU dan hala tuju syarikat. Semasa sesi perbincangan, kedua-dua belah pihak telah bertukar buah fikiran berkenaan industri penternakan di Malaysia. 
 
Antara isu utama yang dibincangkan termasuklah isu penanaman jagung bijirin di Malaysia dan level SSL daging lembu yang masih rendah di Malaysia. 
 
Diakhir sesi, PSU telah membawa En Kamal bersama pegawai UAM melawat gudang dedak PSU. Semoga lawatan oleh Setiausaha MAFS ini boleh membuka ruang untuk PSU menjalinkan lebih banyak kerjasama bersama agensi-agensi di bawah MAFS di masa akan datang.

Langgan Risalah